Friday 20 April 2012

Takluk Dataran - Wanita Botak Nafi Lesbian


Venue : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Date : 19/4/2012 @ 12.00 pm

Wanita berkepala botak yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai identiti sebenar beliau telah sudi memperkenalkan diri dan seterusnya menafikan bahawa beliau mungkin menjadi punca serangan oleh kumpulan samseng.

Terdengar beberapa perkhabaran di-angin lalu mengatakan bahawa terdapat golongan LGBT (Lesbian Gay Bisexual dan Transgender) yang berada didalam kelompok mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka. Mereka ini dikatakan dengan terbuka menunjukkan perlakuan sumbang dikhalayak ramai.

Wanita berumur 41 tahun ini bernama Mislina Mustafa mewakili sekumpulan 10-15 aktivis yang menamakan kumpulan mereka 'Occupy Dataran'. Mereka secara sukarela memberi sokongan kepada mahasiswa dalam memperjuangkan hak berada dan bersuara ditempat awam.

Mislina mengaku beliau seorang pelakun dan telah memegang watak penyanyi Zaiton Sameon dalam satu penerbitan filem (belum di tayang atau di siarkan lagi). Dalam filem tersebut beliau terpaksa membotakkan kepala ketika watak Zaiton berada dalam hospital setelah mengalami kemalangan jalanraya yang mengorbankan anak beliau. Sejak dari itu Mislina mendakwa berasa selesa dengan keadaan 'botak' dan terus mengekalkan imej tersebut.




4 comments:

  1. marahkan filem tak dpt tayang..hahaha tu yg nazar pi occupy dataran..

    ReplyDelete
  2. http://www.ustaznoramin.com/2010/04/hukum-muslimah-wanita-membotakkan.html

    artis bodoh nama mislina ni langsung tak jaga akidah dan akhlak sebagai perempuan..macam ni ka nak buat jadi role model kat bebudak muda? pakai baju tanpa lengan berseluar pendek..botakkan kepala....hisap rokok...perempuan botakkan kepala hukumnya haram..

    ReplyDelete
  3. tak payah la ambik dier berlakon lagi. nanti kerja dia isap rokok, duduk and complain. kalau director kasik pinjam duit, dia cakap... kira halal

    ReplyDelete
  4. Ya Allah jika individu ini benarlah Mislina Mustafa beragama Islam - Engkau bukakanlah pindtu hatinya agar kembali kepada fikrah Islam sejati dgn menutup aurat sebaiknya dan menjaga akidah se sempurna mungkin - Kasihan mak yg melahirkan engkau yg mengharapkan ko menjadi muslimat sejati - begitu juga bapa ko yang mengharapkan ko tidak menjadikan nama baiknya tercemar oleh perbuatan anaknya yang kini mungkin sedikit tersasar dari syariat islam - Amin.....

    ReplyDelete