Thursday 31 May 2012

Ummi dedahkan dokumen kekayaan Azmin

Venue : Damansara Utama, Selangor

Event : Sesi bersama bloggers

Date : 30/5/2012 @ 10.00 pm


Lagi pendedahan oleh Ummi Hafilda mengenai dokumen dan bukti kekayaan Azmin Ali dan Shamsidar ketika zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.




1/12
2.
3.
4.
5.
6-12 Gambar gambar kenangan yang masih dalam simpanan Ummi Hafilda
 7.
 8.
 9.
 10. Tun CT dan Mak Tom
 11.
 12.



BN masih boleh pertahankan Parlimen Pandan

Venue : Coffee, Sugar and Spice, Ampang Waterfront, Ampang, Selangor

Event : Sembang sembang petang bersama YB

Date : 30/5/2012 @ 6.00 pm


Pelbagai tohmahan kita dengar mengenai bekas Presiden MCA, Dato' Sri Ong Tee Keat (OTK) yang juga Ahli Parlimen Pandan. Ada yang mengatakan dia akan lompat keluar dari MCA dan menyertai pakatan pembangkang dan ada juga yang mengatakan beliau akan bertanding atas tiket persendirian.

OTK ketika awal pembabitan beliau dalam politik telah mendapat sokongan kuat orang Melayu dikawasan majoriti Melayu, Ampang. Beliau kemudian meneruskan kerjaya beliau sebagai wakil rakyat dengan cemerlang dengan sentiasa turun kepadang dan mendekati masyarakat dan pengundi di kawasan beliau. 

Bagaimanapun nasib beliau sebagai Presiden MCA telah ditentukan oleh perwakilan dalam pemilihan parti yang lalu dan kini beliau masih meneruskan khidmat beliau sebagai wakil rakyat seperti biasa tanpa menggunakan alasan kalah dalam pertandingan parti untuk meletakan BN dalam keadaan yang serba salah dikacamata pengundi.. 



Kena Maki - Sia sia jadi Ahli Majlis MPSJ

Venue : Perkarangan Bnagunan MPSJ

Event : Demonstrasi oleh penduduk Puchong Batu 14 mengenai kerosakan keatas rumah mereka

Date : 30/5/2012 @ 2.00 pm


Saksikan video ini yang cukup untuk menceritakan isu dan masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Melor, Batu 14, Jalan Puchong dan kelemahan dalam pentadbiran MPSJ. Jika ada maruah letak jawatan sajalah sebagai Ahli Majlis MPSJ kalau orang awam boleh maki hamun disebabkan hilang rasa hormat dan keyakinan.



1.
 2.
 3. Presiden NGO Nambikai, Sdr Kalaivanar (ex-PKR) yang berselendang merah sedang berbincang dengan wakil perhubungan awam MPSJ
 4. Ahli Majlis yang menjadi punca amokan Kalaivanar dan rakan rakan berkacamata dan berdiri  dengan tangan dalam poket. Beliau cuba berbahasa Tamil tetapi cubaan beliau dikatakan telah
 mencemar bahasa tersebut kerana terlalul kasar dan kurang ajar. Akibat nya sebakul sumpah seranah yang dia terima..
 5. Kalai sedang menghamburkan sebakul sumpah seranah..LOL
 6.
 7.
 8.
 9.


Wednesday 30 May 2012

KSN meraung minta sambung kontrak depan Najib?

Suatu cerita

Hujung minggu lalu saya berkesempatan bersembang dengan beberapa kenalan dari  kalangan pegawai kanan kerajaan yang bertugas di Putrajaya. Antara topik terpanas ialah mengenai kedudukan Ketua Setiausaha Negara yang akan tamat tempoh khidmat beliau tidak berapa lama lagi.

Yang menarik nya ialah cerita mengenai KSN yang sanggup ambil cuti peribadi untuk ke London semasa lawatan kerja Najib disana baru baru ini. Apa tujuan sebenarnya KSN kesana tidak lah diketahui, tapi cerita beliau pergi mengadap dan 'menangis' depan Najib dan Rosmah untuk sambung kontrak itu lah yang menjawab topik hangat perbualan kami. Kalau tak silap saya ini sambungan kali ke empat.

Kenalan saya beritahu yang pegawai pegawai kanan dalam pentadbiran kerajaan sekarang sudah naik 'fed-up' dengan KSN yang sedia ada dan kerajaan pada am nya dan seterusnya kepada kepimpinan Najib yang dilihat sebagai lembik dan terlalu bergantung kepada KSN tersebut. Apa yang special sangat?. Apa nak jadi dengan timbalan timbalan beliau yang kanan kanan ? Semua nya akan pencen terlebih dahulu dari beliau dan yang akan naik jadi timbalan pula mereka mereka yang belum cukup masak....

Saya tak pernah berkhidmat dalam kerajaan dan bukan arif sangat dalam hal hal pentadbiran dan naik turun pangkat dalam kerajaan.. Sahabat blogger saya ada membuat laporan yang menarik di SINI



Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hj Hassan yang kanan sekali. Dirakam semasa perasmian sidang Dewan Rakyat yang baru lalu



Nalla rakam demi keselamatan Anwar

Venue : Ibupejabat Malaysian Indian United Party (MIUP)

Event : Sidang Media

Date : 29/5/2012 @ 11.30 am


Datuk S.Nallakaruppan hari in mendedahkan bahawa rakaman yang dilakukan di Tivolli Villa adalah untuk keselamatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dibawah 'jagaan' beliau ketika itu. Ketika ditanya lebih lanjut selepas sidang media beliau menyatakan bahawa apa apa saja berkemungkinan akan berlaku didalam bilik yang akan menyebabkan kedudukan TPM dalam bahaya dan tergugat.

Bahaya yang dimaksudkan ialah tuduhan rogol, pukul  dan sebagainya yang mungkin dibuat oleh pasangan TPM pada masa itu. Rakaman audio visual dibuat untuk simpanan dan bukan untuk tayangan kepada mana mana pihak.

Nalla berpeluang untuk menggunakan video video tersebut untuk kepentingan diri sendiri pada masa beliau ditangkap dan dimasukkan kepenjara pada tahun 1998. Tapi memandangkan setianya beliau kepada Anwar, beliau sanggup merengkok didalam penjara dan menyepikan hal video video tersebut.

Kini Nalla bertegas akan menggunakan video video tersebut sebagai senjata ampuh untuk menghalang Anwar dari mencapai cita cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Nalla juga membayangkan yang beliau sedia 'melepaskan' Anwar sekiranya Anwar meninggalkan terus arena politik. 


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.


Nalla pohon tambahan cuti Deepavali dan Krismas

Venue : Ibupejabat Malaysian Indian United Party (MIUP)

Event : Sidang Media

Date : 29/5/2012 @ 11.30 am


Presiden MIUP,  S.Nallakaruppan hari mengumumkan permohonan beliau kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menambah cuti perayaan Deepavali dan juga Krismas dari sehari kepada dua hari bagi membolehkan masyarakat India / Hindu dan Kristian untuk beraya dengan lebih bermakna bersama kaum keluarga meraka. Ini juga akan menyelaraskan cuti perayaan bagi semua kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia...



Tuesday 29 May 2012

Kaum India Minoriti Dapat Nikmat

Venue : Ladang Kam Seng, Batu 8  Utara, Gombak, Selangor

Event : Program Prihatin 1Malaysia - "Sentuhan Mengubah Kehidupan"

Date : 28/5/2012 @ 3.00 pm






Latarbelakang Ladang Kam Seng

Kawasan ini telah dibuka sejak 1902 oleh syarikat penjajah dan dikenali dengan nama Emerherst Estate. Ladang ini menanam getah. Pada tahun 1968, Kam Seng mengambil alih ladang ini dan dikenali dengan nama Kam Seng Estate. Kerajaan menghambil alih ladang in pada tahun 80an. Penempatan ini adalah penempatan para pekeja ladang.

Kini ladang ini didiami oleh generasi ke-2 dan ke-3 pekerja ladang. Penempatan yang ada kini adalah saki baki akhir yang tinggal bagi Ladang Kam Seng kerana kawasan lain telah dibangunkan seperti UIA, SM Teknik Gombak, Sekolah Integrasi Gombak, Kuaters Guru dan juga Taman Mutiara Gombak.

Ladang Kam Seng terletak di Batu 8 Jalan Gombak, Jalan UIA. Lokaliti Ladang Kam Seng berada di PDM Batu 9 Gombak. Semasa PRU 12, PDM Batu 9 Gombak dimenangi calun BN dengan majoriti 431 undi. Keputusan PRU menunjukkan hanya PDM batu 9 Gombak dan PDM Simpang Tiga yang dimenangi BN iaitu masing masing dengan 431 dan 11 undi di DUN N17 Gombak Setia. Di lokaliti ini terdapat 150 pengundi berbangsa INdia dan 12 pengundi berbangsa Cina berdaftar.


Tragedi Kebakaran Ladang Kam Seng

Kebakaran berlaku pada 19/11/2011 (Sabtu) dan bermula jam 8.30 malam. Banyak barang kelengkapan dalam rumah tidak dapat diselamatkan kerana kebanyakan mangsa pergi sembahyang. Api cepat merebak disebabkan rumah asal disini adalah rumah kayu. Punca berlaku kebakaran adlah disebabkan oleh litar pintas.

6 buah rumah terlibat dalam kebakaran dan mangsa terdiri daripada lima keluarga India dan satu Cina.



1/42

 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Monday 28 May 2012

Majlis Sambutan Hari Ibu 1Malaysia

Venue : Bukit Beruntung Golf and Country Club, Hulu Selangor, Selangor

Event : Majlis Sambutan Hari Ibu 1Malaysia,
anjuran Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga Parlimen Hulu Selangor

Date : 27/5/2012 @ 9.00 pm





1/69
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7. Ucapan aluan oleh Pengerusi Program, Datin Hajah Hartini Osman
 8. Ucapan oleh Pengerusi  MPWK Parlimen Hulu Selangor, Datuk Rosni Sohar
 9.
 10.