Monday 30 July 2012

Slogan Janji di Tepati takutkan mereka yang mungkir

Venue : Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, Kuala Lumpur

Event : Iftar Perkasa

Date : 29/7/2012 @ 7.00 pm


Zulkifli Noordin berpandangan bahawa tidak menjadi masalah sekiranya slogan Hari Kemerdekaan yang menggunakan slogan yang sama "Janji di Tepati" yang digunakan dalam kempen BN kerana menunaikan janji itu adalah bersifat universal. Semua manusia yang berjanji harus menunaikan janji janji mereka. Hanya mereka yang sering memungkiri janji akan merasa rimas dan menolak nilai universal ini.  

Saksikan bagaimana Zul menjawab soalan dari wartawan Malaysiakini... Ini mungkin hasil dari latihan yang diterima dari bekas boss beliau, Anwar Ibrahim... 


Bagi yang kurang jelas mengenai isu ini sila baca kenyataan di bawah ini..


KENYATAAN AKHBAR MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN RAKYAT 27 JULAI 2012

PAKATAN RAKYAT MENGAJAK RAKYAT BERSAMA MENCIPTA TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 55

Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa. Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka. Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.

Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.

Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com
Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.

Y.Bhg Dato Mustafa Ali           YB Nurul Izzah Anwar         YB Teresa Kok
Setiausaha Agung PAS           Naib Presiden PKR                 Setiausaha Pengelola DAP




1 comment:

  1. Zul Kulim.. mcm hebat..khaaakkkkkk.. tuiihhhh... pi la mampus.. lu betul2 x leh pakai punya olang.. cakap mcm sial..

    ReplyDelete