Friday 27 February 2015

Apa sudah jadi dengan kes BAFIA Rafizi Ramli ??

Lokasi : Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Tarikh : 26/2/2015



Wanita UMNO sudah mangli dengan permainan kotor politik lawan yang ingin membunuh kareer politik ketua mereka, DS Shahrizat Jalil melalui National Feedlot Corporation. Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO, Rosni Zahari, ahli Wanita UMNO akan tetap beristiqamah menyokong Shahrizat Jalil sebagai ketua mereka.

Rosni turut bertanya apa sudah jadi dengan pertuduhan kes kesalahan BAFIA yang dikenakan keatas Rafizi Ramli. Rafizi Ramli telah memulakan serangan keatas NFC dengan melakukan kesalahan dibawah BAFIA terlebih dahulu. Beliau telah menggunakan 'orang dalam' untuk membekalkan maklumat mengenai akaun Mohamad Salleh Ismail dan NFC, satu kesalahan yang amat berat di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA). Secara logik nya kesalahan yang telah dilakukan Rafizi harus disiasat terlebih dahulu kerana ianya menjadi punca kepada rantaian kes dan pertuduhan seterusnya.





Kos terlalu tinggi beristerikan Ketua Wanita UMNO

Lokasi : Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia

Tarikh : 26/2/2015


Kak Ijat dan keluarga menerima keputusan Mahkamah Tinggi menolak rayuan suami beliau Mohamad Salleh Ismail untuk membatalkan tuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen dengan hati tabah walaupun amat sedih dengan keputusan tersebut. Beiau yakin bahawa Mohamad Salleh terpaksa melalui semua ini kerana beliau beristerikan seorang Ketua Wanita UMNO yang merupakan tonggak kekuatan Barisan Nasional yang harus dijatuhkan oleh pihak pembangkang.


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10


Thursday 26 February 2015

Kalau tak bersalah nak minta ampun buat apa ?

Lokasi : Lobi Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Selepas sidang media mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 25/2/2015



Kalau tak bersalah buat apa minta ampun ? Itu lah jawapan spontan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan ketika ditanya mengenai petisyen pengampunan yang dihantar oleh keluarga Anwar Ibrahim. Ku Nan juga mensgesahkan bahawa UMNO terbuka kepada sebarang usaha yang boleh membawa kepada perpaduan ummah.





UMNO berani tidak bertanding di DUN Chempaka

Lokasi : Pusat Media, Menara Dato' Onn, PWTC, KL

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 25/2/2015



UMNO membuat keputusan 'berani ' untuk tidak bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Chempaka

1. memberi tumpuan kepada kerja-kerja baik pulih pasca banjir

2.  menumpukan kepada usaha perpaduan ummah walaupun terdapat perbezaan pandangan

3.  'precedent' tidak bertanding telah pun dibuat semasa PRK Bukit Gelugor. Keptusan dan kata sepakat dibuat setelah perbincangan bersama badan perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang juga telah melakukan perbincangan bersama UMNO Bahagian Pengkalan Chepa. Najib juga menolak kemungkinan 'menaja' calon bebas

Mengenai PRK Permatang Pauh, Majlis Tertinggi akan hanya membuat keputusan setelah SPR membuat tafsiran perlembagaan dan keputusan keatas petisyen Anwar Ibrahim untuk pengampunan.

**************************************

Saya katakan UMNO berani kerana mereka sedar akan tohmahan dan tuduhan yang akan dilempar oleh kawan dan lawan sebagai penakut dan sebagainya. Namun keputusan telah dibuat dengan mengambil kira kepentingan umaah dan rakyat Kelantan yang masih memerlukan bantuan setelah di landa musibah banjir yang amat dahsyat baru-baru ini. Mungkin juga ada dikalangan ahli UMNO yang menyimpan cita-cita menjadi calon akan turut bersuara membantah keputusan ini.

Di sebelah pihak lawan mereka mungkin sudah jangkakan keputusan dan telah menyiapkan kenyataan dibawah ini sebelum Majlis Tertinggi bersidang lagi. Ianya berbaur ugutan kepada Najib bahawa mereka (puak yang menentang perpaduan) masih ada 'peluru' untuk menyerang.. Kes Altantuya dan 1MDB menjadi sandaran.

***************************************

KRISIS KEYAKINAN UMNO/BN DAN PERPADUAN UMMAH TANPA KETELUSAN

Pengumuman Presiden Umno bahawa Umno/BN tidak akan meletakkan calon untuk PRK Cempaka membuktikan kekuatan Umno/BN di era kepimpinan beliau sudah menurun ke tahap tidak lagi berani berhadapan dengan lawan tradisinya.

Sekaligus membuktikan kata kata keramat al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat :'Tak dok sebab demo nak lawan kawe' menjadi kenyataan hari ini.

Selepas pemergian Tok Guru, Umno/BN mengakui kehebatan perjuangan beliau dan yang lebih penting, mesej perjuangan beliau - Islam dan bukan kebangsaan - adalah benar. Alhamdulillah.

Sekalipun tanpa penyertaan Umno/BN, isu negara yg melibatkan DS Pres Umno secara langsung iaitu 1MDB dan misteri pembunuhan Altantuya tetap akan diketengahkan dan tetap memerlukan tindak balas meyakinkan dari PM Malaysia.

Saya tidak nampak perpaduan ummah boleh ditegakkan tanpa ketelusan dalam isu kenegaraan yang besar seperti 1 MDB  dan isu jenayah seperti Altantuya.

Perpaduan Ummah hanya akan menjadi alat politik jangka pendek utk menyelamatkan hayat politik individu dan parti tertentu semata-mata.

Bahkan, sebelum ini BN juga gagal meletakkan calon di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang dan ia tidak membawa apa apa makna kepada perpaduan ummah atau negara.

Husam Musa
26 Feb 2015

**************************************

1
 2
 3
 4



Wednesday 25 February 2015

Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja


Datuk Zulkifli Noordin
KENYATAAN MEDIA

1. Permohonan pengampunan keatas Banduan bernama Anwar Ibrahim oleh isterinya Wan Azizah wajib ditolak kerana ianya dibuat tanpa persetujuan dan/ atau pengetahun Banduan sendiri.

Ini kerana Banduan konsisten dgn pendirian tidak mahu membuat permohonan pengampunan!

Adakah Wan Azizah membuat permohonan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan? Kalau benar Wan Azizah membuat permohonan pengampunan ini tanpa pengetahuan atau persetujuan Banduan, ini adalah satu penghinaan terhadap pendirian Banduan tersebut!

2. Asas kepada sebarang permohonan pengampunan ialah pengakuan salah kpd kesalahan yang disabit, penyesalan atas perlakuan kesalahan itu dan akujanji tidak akan mengulanginya lagi;

3. Elemen2 ini tidak ada dalam permohonan Wan Azizah maka ianya wajib ditolak;

4. Sebaliknya Wan Azizah cuba memperkeldaikan institusi pengampunan DiRaja dengan menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan pengampunan. Ini satu penghinaan keatas institusi pengampunan dan wajib ditolak dan dikenakan tindakan sewajarnya!

6. Permohonan ini juga suatu penghinaan kepada institusi kehakiman yang dilantik dan bernaung dibawah YDP Agong kerana menjadikan alasan "kehakiman tidak telus" sebagai alasan permohonan pengampunan;

7. Kebiasaanya hanya mereka yang dijatuhkan hukuman mati atau penjara sepanjang hayat akan memohon pengampunan bagi tujuan pengurangan hukuman. Bagi seorang yang disabitkan kesalahan meliwat dan dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun adalah sesuatu yang agak "luar biasa" untuk memohon pengampunan atas hukuman, apatah lagi bagi Banduan ini yg selalu meneriak slogan "Lawan Tetap Lawan". Adakah keluarga membuat permohonan pengampunan kerana Banduan dikatakan tidak mampu melawan nyamuk didalam penjara spt yang diadukan oleh isterinya Wan Azizah?

Zulkifli Noordin
Rabu 6 Jamadil Awal 1436
25 Feb 2015


Wanita UMNO gesa kaji semula pengasingan Klinik dengan Dispensari

File pic..

KENYATAAN MEDIA

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

GESAAN TELITI CADANGAN PENGASINGAN DISPENSARI
               
KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2015 – Saya mewakili Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menggesa agar cadangan pengasingan fungsi klinik dan farmasi (pengasingan dispensari) diteliti dengan sebaiknya supaya perlaksanaannya tidak membebankan dan menjejaskan keselamatan pesakit.

Wanita juga menegaskan apa jua polisi kerajaan berhubung pengasingan dispensari ini perlulah dilaksanakan secara realistik dengan mengambilkira kebersediaan Negara dengan jumlah farmasi-farmasi dan prasarana lain yang mencukupi, serta praktikal kepada keadaan pesakit dan keluarga dari segi keselamatan, kemampuan serta keselesaan mereka.

Wanita mengakui keperluan mengimbangi tanggungjawab dua entiti penting dalam perkhidmatan kesihatan iaitu kedoktoran yang merupakan profesion yang patut kita sanjung dan hormati namun pada masa yang sama kepakaran ahli farmasi juga perlu diberi ruang yang sewajarnya. Bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat dalam usaha penambahbaikan perkhidmatan kesihatan negara secara menyeluruh.  

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

**********************************
Jawapan dari Menteri Kesihatan

Suggestion To Separate Functions Of Pharmacies And Clinics Not Finalised - Dr Subramaniam

***********************************


Tuesday 24 February 2015

Keluarga Anwar putuskan untuk hantar petisyen kepada YDP Agong

File pic.

UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA

24 FEBRUARI 2015

Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.

Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.

Hari ini merupakan hari ke-15 ayahanda kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan agar ayahahanda kami dibebaskan dari penjara.

Ayahanda kami tidak bersalah dan telah dizalimi apabila beliau telah disabitkan dengan pertuduhan bersifat politik dan dan dihukum penjara selama 5 tahun. Jesteru itu ayahanda kami merupakan seorang tahanan politik.

Kami telah mengemukakan segala fakta-fakta dan keadaan-keadaan bagi pertimbangan yang wajar untuk diteliti secara menyeluruh melalui petisyen tersebut.

Oleh yang demikian, kami dengan meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.

NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
#March2Freedom


************************************
Untuk para pembaca semua saya ulang tayang jawapan yang telah saya terima dari bekas peguam Anwar Ibrahim, Zulkifli Noordin bagi semua memahami pra-syarat pemgampunan oleh YDP Agong

"Cuma pengalaman saya dahulu sbg peguam Anwar dia enggan mohon pengampunan. Sebabnya dia mesti memenuhi 3 syarat:

1. Mengaku kesalahan;...

2. Menyesal dgn kesalahan;
3. Mengaku tidak akan ulang lagi kesalahan.

So definitely Anwat tidak akan mohon pengampunan. Tapi itu dululah. Sekarang wallahua'lam🙈"

************************************


PASMA ujud untuk Pakatan Rakyat bukan untuk PAS semata-mata

Lokasi : IPD Putrajaya, Presinct 7, Putrajaya

Acara : Laporan Polis keatas Ahmad Yaacob dan Nik Ammar atas ucapan yang dibuat
di Multaqa Ulamak ke-dua

Tarikh : 24/2/2015





Didalam video ini selain daripada kenyataan media diatas yang dibacakan terdapat :-

1. pengesahan bahawa pertemuan dengan wakil PAS Pusat sudah pun dilakukan untuk memberi penerangan mengenai latarbelakang PASMA

2. PASMA ditubuhkan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan memberi platfom bagi penyokong Pakatan Rakyat yang bukan ahli kepada ketiga tiga parti komponen untuk memberi pandangan dan mengkritik bagi kebaikan Pakatan Rakyat

3. Wakil PAS tidak dibenarkan hadir dalam mana-mana forum anjuran PASMA

4. PASMA bukan hanya untuk PAS tetapi untuk menyatukan rakyat dibawah Pakatan Rakyat. PASMA tetap akan ujud dan relevan walaupun PAS terkeluar dari Pakatan Rakyat.

5. Majoriti ahli PASMA adalah orang PAS, lebih kurang seperti PERKASA yang ahli nya kebanyakan terdiri daripada orang UMNO.

6. PASMA setuju sekiranya Hadi Awang tukar portfolio menjadi Mursyidul Am PAS dan tempat Presiden ditandingi oleh mereka yang layak dan mendapat sokongan tak kira lah samada ulamak atau pun bukan 

7. PASMA ditubuhkan memang khusus untuk menguatkan Pakatan Rakyat dan menentang sebarang usaha untuk menyatukan PAS dengan UMNO..



1
 2
 3


Jangan terlalu ghairah membaghalkan seseorang tanpa fahaman yang cukup


Australian Imigration Department (AID) hanya menyatakan kebenaran tidak diberikan untuk sebarang temuramah televisyen diadakan dalam tempat tahanan, tidak pula dinyatakan samada  Sirul perlu mendapatkan kelulusan dan kebenaran untuk berbual melalui talipon. Kalau nak lebih jelas AID kena beri pengesahan samada mereka yang ditahan dalam pusat tahanan imigresen (bukan penjara) dibenarkan membawa dan menggunakan talipon bimbit masing-masing. Tak perlu lah kita terlalu ghairah membaghalkan sesiapa selagi SOP pusat tahanan pun kita tak fahami..







Monday 23 February 2015

Mahfuz buktikan Sirul boleh dihubungi

Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL

Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS dan tele-conferencing bersama Sirul Azhar Umar

Tarikh : 22/2/2015



Sirul masih enggan beri kenyataan 
(SinarHarian)

KUALA LUMPUR - Penantian media selama dua jam bagi mendengar pendedahan bekas ahli Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar hampa apabila beliau enggan memberi sebarang kenyatan mengenai kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Dalam satu telesidang yang diaturkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar hari ini, Sirul berkata beliau akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai.

"Saya amat berterima kasih dengan kerajaan Australia yang telah beri perlindungan sepenuhnya kepada saya. Termasuk menyediakan tempat yang saya kira selamat dan juga selesa.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia dan saya tidak berhasrat buat kenyataan pada masa ini. Walau bagaimanapun, saya akan cuba membuat satu kenyataan lain pada masa yang sesuai," katanya dalam sidang media kedua di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Selepas itu, Sirul mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada wartawan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas 'bawa' Sirul secara langsung dari Australia ]

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan dibuat sebanyak 15 kali selama kira-kira 40 minit.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian berjaya mendapat panggilan telefon daripada Sirul.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8  Orang lama dari RTM 'mengusik' Mahfuz dengan soalan-soalan provokatif
 9
 10
 11
 12
 13
 14


Sunday 22 February 2015

Pemuda PAS masih tetap bersama Pakatan Rakyat ?

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Nah untuk mematahkan tanggapan dan persepsi masyarakat bahawa PAS tidak lagi menyokong sebarang kegiatan PKR dan Pakatan Rakyat, penganjur telah berjaya membawa Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Bendahari Pemuda PAS Malaysia untuk memberi ucapan di acara Himpunan #kitalawan minggu ini.

Fakhrulrazi telah berjanji akan membawa turun gerombolan Pemuda PAS untuk membantu Pakatan Rakyat dalam PRK Chempaka dan Permatang Pauh.

Tapi yang tak sedap nya ayat penghujung ucapan beliau "Yang baik datang dari Allah Taala , yang jahat datang daripada Najib dan Rosmah... Wallahualam.." Tak tergugat ke akidah ?
Bukan kah lebih tepat beliau katakan "Yang baik dan buruk semua nya dari Allah SWT. Kita reda dan terima kesemua ketentuan Illahi dengan hati terbuka.. InsyaAllah"


1
 2


Keluarga Anwar mengharap kedutaan asing pantau keadaan penjara

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Dalam video ini :

1. Anwar dikatakan mengadu sakit belakang / pinggang dan keluarga serta peguam Anwar sedang berusaha untuk beliau diberi layanan sebagai "Tahanan Politik" dan bukan sebagai banduan biasa.

2. Nuha menafikan sokongan anak muda sudah berkurangan sejak kebelakangan ini kerana keluarga beliau masih mendapat sokongan melalui panggilan talipon, email dan sebagainya.

3. Kedutaan German dikatakan akan memeriksa keadaan penjara dimana Anwar ditahan dan duta-duta asing terutamanya dari negara EU akan melihat semula kedalam kes Anwar dan keadaan beliau dipenjara.






"WE WILL NEVER SURRENDER" masih lesu dan tidak bermaya

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Hari ini hari ke-12 Anwar dipenjarakan dan kali kedua himpunan ini diadakan. Tema minggu lepas "Rakyat di-liwat Najib" tetapi hari ini tema bertukar kepada "Lawan Tetap Lawan". Bersempena musim sambutan Tahun Baru Cina, pihak penganjur telah membawa kumpulan Tarian Singa untuk menghiburkan orang ramai yang berada di persekitaran SOGO.

Kehadiran kumpulan penyokong Anwar Ibrahim tidak melebihi 50 orang. Selepas Tarian Singa ucapan ringkas disampaikan oleh Nik Nazmi (Ketua AMK), Mohd Fakhrul Razi (Pemuda PAS), Adam Adli (Aktivis anak muda) sebelum disudahi oleh Nuru Nuha.

Penganjur mensasarkan 7/3/2015 sebagai kemuncak himpunan di hadapan SOGO dan menjemput orang ramai hadir sebagai tanda sokongan kepada Anwar Ibrahim. Melihat kepada kelesuan penganjur mengumpul kumpulan 'anak muda' hari ini dan minggu lepas, saya ragui himpunan terakhir akan dapat lonjakkan dari segi sokongan orang ramai dan dari penyokong Anwar sendiri. Beberapa orang kenalan bekas Reformis sebaya saya turut hadir memerhati dari jauh 'budak-budak' buat kerja.

Program hari ini yang  bermula lebih kurang jam 4.45 pm dan berakhir 5.15 pm tanpa ada sebarang perarakan seperti minggu lepas..

Saya difahamkan Adam Adli dan Faris Musa (Ketua Jingga13) telah ditahan Polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang lebih kurang selepas 15 min acara berakhir.




1  Pengunjung SOGO dihiburkan oleh penyanyi jalanan. 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10