Friday 3 April 2015

POTA untuk pencegahan keganasan dan baik pulih Militant IS yang pulang ke Malaysia

Lokasi : Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, KL

Acara : Sidang media selepas Taklimat Eksekutif : Ancaman Keselamatan Negara

Tarikh : 2/4/2015



Perkongsian dari video :

1. Malaysia perlu mengembeling kekuatan agensi-agensi yang sedia ada seperti PDRM, JAKIM, MKN dibawah satu badan penyelaras untuk menangani propaganda-propaganda yang disebarkan melalui media sosial

2. Peperangan ideologi perlu dilawan dengan penerangan yang boleh mematahkan fahaman songsang yang disebar kepada kader-kader baru.

3. Prevention of Terrorism Act (POTA) yang akan debentangkan di Parlimen bertujuan untuk memberi kuasa kepada Polis untuk menahan dan mencegah penambahan kader dalam Militant Islam Malaysia ke luar negara.

4. POTA juga mempunyai peruntukan untuk pihak berkuasa menahan dan melakukan proses pemutihan Militant Islam yang baru ditangkap dan yang bakal pulang ke Malaysia kelak. Pusat tahanan khas akan dibina bagi tujuan tersebut.

5. POTA juga akan membolehkan Polis menangkap suspek sebelum mereka melakukan sebarang serangan dan kemusnahan dalam operasi pencegahan.

6. POTA diharap akan diluluskan di Parlimen bagi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.




1
 2
 3


No comments:

Post a Comment