Thursday 11 June 2015

Kampung Kerinchi ke Hartamas dalam masa 15 minit

Lokasi : Jalan Kerinchi Kiri, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Keluar Masuk dari Lebuhraya SRINT ke Kg Kerinchi 

Tarikh : 10/6/2015


KENYATAAN MEDIA

CADANGAN MEMBINA JALNA KELUAR MASUK DARI LEBUHRAYA SPRINT KE KAMPUNG KERINCHI, KUALA LUMPUR

  1. Tahap kesesakan lalulintas di Lebuhraya Persekutuan dekat persimpangan berlampu isyarat Jalan Kerinchi / Jalan Pantai Baru adalah amat kritikal terutama pada  waktu - waktu puncak terutama jalan menghala Kuala Lumpur ke Petaling Jaya (Outbound).
  2. Kesesakan ini berlaku kerana kenderaan - kenderaan daripada Lebuhraya Persekutuan (Outbound) yang ingin menuju ke Lebuhraya SPRINT, ke Jalan Kerinchi, keJalan Pantai Baru dan sekitarnya terpaksa membuat 'weaving' dan pada waktu puncak juga di persimpangan berlampu isyarat Jalan Kerinchi / Jalan Pantai Baru  ini menjadi sangat sesak dengan kenderaan menunggu di lampu isyarat sehingga kenderaan berderetan (tail back) ke Lebuhraya Persekutuan.
  3. Projek ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di persimpangan berlampu isyarat Jalan Kerinchi / Jalan Pantai Baru dengan membina jalan susur  masuk dan keluar yang baru dari Lebuhraya Persekutuan ke Kampung Kerinchi dan daripada Jalan Kerinchi ke Lebuhraya SPRINT (Kerinchi Link) sebagai alternatif kepada  persimpangan berlampu isyarat Jalan Kerinchi / Jalan Pantai Baru.

  
Skop Projek:

  • Membina susur masuk baru  menuju ke Kg. Kerinchi dari Lebuhraya Persekutuan. (Panjang jalan lebih kurang 800m)
  • Membina jejambat dari jalan Kerinchi Kiri ke Lebuhraya SPRINT (Kerinchi Link).
  • Melebar Jalan Kerinchi sedia ada (Dari 2 lorong kepada 4 lorong).
  • Membina longkang tepi jalan yang baru.
  • Memasang lampu jalan baru.
  • Memasang lampu isyarat baru.
  • Kerja - kerja tanah.
  • Kerja - kerja membina tembok penahan.
  • Kerja - kerja Geoteknikal.
  • Memasang papan tanda tunjuk arah.
     4. Halangan di tapak / sebab-sebab kelewatan
  • Pindaan Utilitiseperti TNB (33Kv, 11Kv dan Lv), TM dan SYABAS
  • Gerai dan bengkel




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8


2 comments:

  1. Ahli Parlimen Lembah Pantai tak dijemput ke ? Tak nampak pun batang hidung

    ReplyDelete
  2. Memang tidak hadir tetapi saya yakin jemputan sudah dihantar kepada Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai

    ReplyDelete