Wednesday 3 June 2015

Ramalan Nujum Pak Belalang mengenai perletakan jawatan TPM tersasar

Lokasi : Balai Pelepasan, KLIA

Acara : Sambutan kepulangan Muhyiddin Yassin oleh penyokong UMNO /BN

Tarikh : 2/6/2015



Ternyata berita palsu dan boleh dianggap cubaan untuk menghuru harakan suasana politik tanah air, terutamanya diantara Najib Razak & Muhyiddin Yassin. Sebelah siang tadi tersebar luas berita di alam maya mengatakan TPM akan mengumumkan perletakan jawatan sebaik tiba di KLIA. Para penyokong diminta turun beramai ramai untuk menyambut kepulangan TPM dari percutian keluar negara.

Semasa dalam perjalaan ke KLIA ada saya terima beberapa panggilan dari kenalan UMNO yang cuba menyakinkan saya bahawa seramai 3,000 orang penyokong sudah 'on the way' ke KLIA. 

Walaupun skeptikal saya meneruskan juga perjalanan ke KLIA untuk mendapat bahan tambahan untuk dikongsi di blog ini. Sebenarnya perancangan asal saya untuk menghadiri perasmian Muktamar Pemuda PAS di Shah Alam, tetapi terpaksa berpatah balik kerana hujan lebat yang menyebabkan lebuhraya sesak teruk.

Setelah itu saya menghala ke HKL pula untuk mengikuti perkembangan mengenai Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke wad 28. Kak Wan dan keluarga di jadual melawat Anwar pada jam 7 pm dan dijangka akan mengadakan sidang media di lobby HKL, tetapi niat ke HKL terpaksa dibatalkan juga setelah Jalan Tun Razak dari Princecourt hingga Jalan Mahameru sesak teruk setelah berlaku kejadian tanah jerlus berhampiran jalan menuju Parlimen. 

Ini sajalah koleksi gambar di KLIA yang sempat dirakam. TPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menjawab soalan dari wakil media. Mungkin juga ada baiknya beliau berbuat demikian dalam suasana sekarang

1
 2
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13


6 comments:

  1. Selagi pemipin dari Umno yg jadi PM, ianya sama saja.Bagus macam mana pun akhir nya terpaksa tunduk kepada budaya Umno,Hasad dengki,jatuh menjatuh,tibai menibai,hasut menghasut,rasuah merasuah ,akan berlaku juga.Tapi demi ugama ,bangsa dan negara terpaksalah juga menyokong Umno,walau dgn hati yg berat.Dulu sangka Anwar seperti yg di lihat dari luaran,sokong lah PKR buat seketika,tapi beliau pun sama saja,budaya Umno menular kuat dalam hidup beliau,malah sesekali kelihatan lebih teruk.Sekarang tunggu dan lihat,sekiranya menjelang PRU 14,Pas sudah berubah kembali kepada landasan asal,mungkin Pas akan menjadi pilihan,biar pun mereka tidak menang,asalkan undi aku ada niat utk Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS berubah kembali ke landasan asal? berubah untuk agama atau survival politik?

      Delete
  2. Apa Ni bro.... Mana datang ilham nak kata Ni semua budaya umno..... Apa yang berlaku Salam pas sekarang Ni adakah hasil ukhwah Dan mesyiarah Ker?. Salam PKR plak hasil tpleransi Dan demolrasi tahap tinggi Ker?... DAP?... Acaner. Janganlah bila berlaku bender macam Ni her umno yg dituduh membudayakannya. Kalau nak bagi pandangan... Janganlah GAMPANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini dah persepsi umum,tak boleh nak marah,budak lepasan SPM pun dah anggap begitu.Yang penting Umno kena benar-benar berubah,bukan hanya secara kosmetik.Perubahan Umno hanya boleh berlaku kalau ahli Umno pringkat bawahan berubah.Mereka kena tahu yg mana benar yg mana salah,yg mana halal yg mana haram,yg mana baik yg man buruk yg mana ikut Islam dan budaya Melayu dan ringkas nya mereka kena kenal yg mana batu yg man permata.kemudaian mereka boleh memilih pemimpin dgn baik,dan boleh menyokong pimpanan dgn ikhlas,buakan keran subsidi,bukan kerana metri.

      Tengoklah keadaan sekarang ini,kerana hasad dengki peluang keemasan utk memusnahkan lawan pun habis berkecai begitu saja.Bukan nak membantu,tapi lebih kepada hendak memusnahkan.Persepsi aku keadaan sekarang memang berpunca dari hasad dengki dan mengejar kuasa dan laba.Bukan utk rakyat seperti yg di dakwa.

      Delete
    2. Persepsi yang disensasikan!

      Delete
  3. Pemulihan 1MDB tu perkara baik. Ia patut disokong. Dengan aset2 yg ada tu 1MDB mampu berdaya maju untuk kepentingan negara.

    ReplyDelete