Monday 28 September 2015

Mampukah Ummi desak Najib bersumpah laknat ?

Lokasi : Ballroom Kompleks Mutiara, Jalan  Ipoh, KL

Acara : Sidang media mengumumkan penubuhan NGO Kuasa Suara Rakyat

Tarikh : 27/92015


Bekas ahli UMNO, Ummi Hafilda yang satu ketika dahulu memainkan peranan penting dalam gerakan memenjarakan Anwar Ibrahim dalam kes Liwat 1,  mengumumkan penubuhan NGO Kuasa Suara Rakyat yang bertujuan menjadi suara pendesak kepada kerajaan pemerintah.

Kuasa Suara Rakyat yang didaftarkan pada 24/9/2015  akan mewakili suara semua rakyat Malaysia, tidak kira keturunan atau agama. Buat permulaan mereka akan fokus kepada mengadakan perhimpunan raksasa di Putrajaya sebelum penghujung tahun yang melibatkan solat hajat dan penyerahan memorandum kepada PM Najib Razak. Tun Dr Mahathir  dijangka hadir dalam perhimpunan ini.

Antara tuntutan utama KSR kepada Najib Razak ialah melakukan sumpah laknat berkenaan 'wang derma' RM2.6 billion yang diterima Najib Razak.

**********************************************

PS - Tempoh untuk menganjurkan perhimpunan raksasa melibatkan 50,000-100,000 peserta nampak begitu singkat. Setakat ini saya belum pernah terjumpa NGO yang baru ditubuhkan berjaya dalam menganjurkan perhimpunan raksasa yang 'anti-pemerintah'.. Mana nak cari dana yang besar untuk penganjuran ? Segala nya memerlukan kewangan untuk bergerak. Yang dapat saya lihat kekuatan KSR terletak hanya kepada Ummi Hafilda yang mempunyai pengalaman dan pengaruh yang besar. NGO-NGO lain yang terlibat mungkin mempunyai keahlian yang berpuluh ribu, tetapi mereka tidak mempunyai pengaruh dalam menggerakkan dana dalam skala yang diperlukan.

Dikhabarkan Najib Razak secara peribadi telah meminta khidmat Ummi Hafilda semasa PRU13 yang lalu untuk berceramah ke seluruh negara. 

Najib Razak bakal mendengar desakan dari suara yang beliau kenali. Persoalan nya mampukah Ummi melakukan segala yang telah beliau rancangkan dalam masa yang singkat ini. 


1
 2
 3
 4
Ayahanda 313 yang mengaku terlibat dalam perhimpunan di Low Yat
 5
 6
 7
Dato' businessman dari Johor peminat setia Ummi Hafilda
 8
Aktivis yang mengaku berada di Petaling Streest semasa kekecohan kerana itu 'kawasan' dia
 9
 10
Tidak mahu KSR menjadi medan berpolitik dan mesti mewakili semua kaum

Pakatan Harapan masih menaruh harapan kepada penyertaan PAS

Lokasi : Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor

Acara : Sidang meja bulat Ketua Parti Pembangkang - penubuhan Pakatan Harapan

Tarikh : 22/9/2015



Bekas Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hadir di sidang meja bulat ketua pembangkang atas kapasiti sebagai salah seorang Ahli Parlimen pembangkang. PAS menolak pelawaan menghadiri sidang ini.

Kenyataan beliau ini bukan kenyataan rasmi tetapi membayangkan apa yang telah dibincangkan didalam sidang tersebut. 

BOTTOMLINE : Pakatan Harapan masih menaruh harap untuk PAS menyertai mereka atau memberi  laluan untuk mereka lawan BN satu lawan satu pada PRU14 akan datang.   





Tuesday 22 September 2015

PAS menjauhkan diri dari mesyuarat penubuhan Pakatan Harapan

Lokasi : Banquet Hall, Hotel Empire, Subang Jaya, Selangor

Acara : Sidang meja bulat ketua parti pembangkang

Tarikh : 22/9/2015



Sila tonton dan rujuk rakaman video untuk pastikan ketepatan fakta

Ringkasan kenyataan media Wan Azizah dalam klip video berikut :-

1. Pakatan Harapan (PH) menggantikan Pakatan Rakyat untuk melawan kerajaan BN

2. Jawatankuasa khas yang terdiri dari SUA setiap parti yang menganggotai PH akan ditubuhkan dalam masa terdekat untuk memperhalusi perjanjian, dasar bersama dan dokumentasi PH

3. Anwar Ibrahim kekal sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU14 akan datang.


Semasa menjawab soalan wakil media, Wan Azizah juga megesahkan perkara berikut

1. keanggotaan PH ketika ini terdiri daripada DAP, PKR dan PAN

2. PAS telah dijemputuntuk ke sidang meja bulat, tetapi telah menolak perlawaan dengan alasan tidak dapat hadir 'buat masa ini'.

3. PH memberi HARAPAN kepada pengundi setelah berjaya memperolehi majoriti undi popular dalam PRU13.

4. PH bersedia menerima apa apa saja parti politik termasuk dari komponen BN sekalipun asalkan matlamat mereka untuk menukar kerajaan yang sedia ada.





1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday 20 September 2015

PM Najib Razak gembira, tahniah PESAKA !!

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015

Tarikh : 18/9/2015


                                                                                  
SILA RUJUK DAN TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK KETEPATAN KANDUNGAN UCAPAN
                                                                                
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan Rabu lalu sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah dan kepimpinan negara daripada dikutuk dan dihina. Najib juga akui himpunan itu hanyalah himpunan untuk pertahankan dirinya yang kebelakangan ini dikutuk dari segenap penjuru alam.

Berucap ketika merasmikan Himpunan Silat PESAKA Merdeka 2015 Najib pada masa sama meyifatkan perhimpunan itu membawa mesej saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

"Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa..tiga kali tampar..tak buat apa..tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga.

"Orang Melayu boleh bangun bila maruah mereka tercalar, bila pemimpin dihina, dikutuk dan dipermalukan. Cukup jangan sesiapa ulang perbuatan durjana seperti ini," katanya.

Najib menegaskan walaupun orang Melayu mempunyai hak untuk marah susulan beberapa perhimpunan haram sebelum ini, namun masih mampu untuk berkumpul secara bertamadun.
Kata Najib, walaupun sebelumnya perhimpunan orang Melayu dimomokkan dengan kekecohan, namun perhimpunan tetap berlangsung aman.

"Tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, ada tidak?"

"Ada tidak gambar keris berdarah? Ada tak gambar pemimpin pemimpin pembangkang yang kita pijak-pijak gambarnya? Tidak ada, tidak ada. Kita bukan orang yang buat himpunan atau demonstrasi jalanan," jelas Najib.

Najib dalam ucapannya turut mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan boleh ditukar melalui demonstrasi jalanan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat untuk tidak termakan 'racun' yang ditaburkan dari dalam dan luar, mahupun di alam maya yang mahu mengoncang kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Pesaka, Tan Sri Ali Rustam, Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Najib pada majlis itu turut mengisytiharkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara

*****************************************

PS - Dalam jarak masa selang sehari PESAKA telah berjaya menggembirakan PM Najib Razak dalam dua majlis perhimpunan besar melibatkan orang Melayu. Selain upah penganjuran Himpunan Rakyat Bersatu, PESAKA juga mendapat pengiktirafan dan lain-lain bentuk ganjaran yang tidak diumumkan. Tahniah saya ucapkan kepada PESAKA. Terbukti melawan arus tidak mendatangkan untung apa-apa. 

Kepada mereka-mereka yang masih melawan arus gunakanlah kesempatan dan masa berbaki yang masih ada sebelum PRU14, untuk mencari rezeki sambil menggembirakan dan menyakinkan PM Najib Razak bahawa beliau masih mendapat sokongan padu rakyat Malaysia. Ubah lah pendekatan kamu semua, jangan persia siakan baki masa yang masih ada. PM Najib Razak perlu di beri keyakinan bahawa keadaan persekitaran masih selamat .

Letak lah apa pun syarat dan harga sekalipun untuk khidmat anda asalkan jangan beri syarat untuk PM Najib Razak melepaskan jawatan, InsyaAllah saya yakin usul anda akan diberi pertimbangan.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday 18 September 2015

Tokoh pejuang Melayu dikenang dan disanjung dalam majlis anjuran ISMA

Lokasi : Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor

Acara : Malam Inspirasi Perjuangan (Pejuang 2015)

Tarikh : 14/9/2015



Malam Inspirasi Perjuangan, kenang tokoh pejuang Melayu


SHAH ALAM, Isnin – Dalam usaha menyemarakkan semangat cinta negara dan pejuangan bangsa, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan makan malam amal Malam Inspirasi Perjuangan atau ‘PEJUANG 2015’ di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, hari ini.
Majlis ini diadakan bagi memperingati jasa tokoh-tokoh pejuang Melayu bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan serta mengangkat agenda perjuangan Melayu dan Islam selain membuka mata bangsa Melayu terhadap perjuangan silam dan kegemilangannya.
Ia mengenengahkan jasa bakti tokoh-tokoh silam yang telah melakar sumbangan untuk bangsa dan agama seperti Pendeta Zaaba, Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Dato’ Onn Jaafar, Maarof Zakaria, Tan Sri Hajah Zainun Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Tun Abdul Razak Hussein.
Majlis diserikan dengan ucaptama kalam negarawan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhammad.
Turut hadir bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Persahabatan Malaysia – Turki (MTF Foundation), Ustaz Qamarul Naim Mohd Faisal.
Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, majlis pada malam ini merupakan penghargaan khas kepada pejuang bangsa dan agama dalam memartabatkan cita-cita bangsa dan kemerdekaan tanah air.
“Bangsa Melayu telah melalui suatu sejarah perjuangan yang panjang dan penuh liku dalam membangunkan agama, bangsa dan tanah air.
“Semoga Allah merahmati mereka (pejuang) dan dengan contoh perjuangan yang telah mereka tunjukkan, diwarisi kita pada hari ini,” katanya.
Lebih 450 orang tetamu dan mereka juga dihiburkan dengan menampilkan artis terkenal tanah air, Datuk M Nasir, kumpulan nasyid perjuangan, Fetya dan bacaan puisi oleh penyair Ahmad Sarju.
1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 16
 17 
 18

Bagaimanakah kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu diukur ??

Lokasi : Padang Merbok, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan Rakyat Bersatu

Tarikh : 16/9/2015


Tahniah kepada Ali Rustam dan PESAKA kerana berjaya menganjur perhimpunan Melayu seragam (berbaju merah) terbesar yang pernah saya hadiri dalam tempoh 17 tahun sejak kebangkitan REFORMASI... Selama ini Anwar Ibrahim saja yang mampu menarik lautan manusia pelbagai kaum.

Tahniah juga kepada Annuar Musa kerana berani memberitahu dan menggembirakan PM Najib Razak bahawa 250,000 orang menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu ini (walaupun Padang Merbok sejak zaman REFORMASI hanya boleh memuatkan 50,000 orang sahaja)

Tahniah juga kepada kepada Jamal Md Yunos kerana berjaya menjadi nadi penggerak kepada perhimpunan ini walaupun berlainan slogan.

 Tahniah juga kepada kumpulan Melayu berbaju merah yang berjaya menunjuk taring harimau Melayu di kawasan kommersial Jalan Petaling. Pasti nya peniaga-peniaga Cina rasis dan chauvanist berfahaman DAP kecut telor melihat kehebatan dan keberanian pendekar Melayu bertempur dengan pihak FRU selama hampir 2 jam. 

Tahniah juga kepada PDRM kerana berjaya menghalang para demonstran berbaju merah dari memasuki kawasan Plaza Low Yatt dan seterusnya menghalang mereka dari menerjah masuk kedalam Petaling Street.

Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! Melayu sudah bangkit.... Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! Hidup Melayu ! 

Tetapi......

BOTTOMLINE....matlamat Himpunan Rakyat Bersatu gagal dari segi jumlah peserta.. Walau sejuta orang UMNO atau penyokong UMNO berbaju merah yang berarak ala-ala demonstran BERSIH 4.0 sekalipun, kurang 50,000 orang sahaja yang berjaya hadir di Padang Merbok. Komposisi yang hadir pun hampir 100% Melayu, Mamak, Jawa dan seangkatan nya yang beragama Islam.. Mana perginya rakyat Malaysia berbangsa Cina dan India bukan Islam ? Bersatu kah rakyat Malaysia jika mereka tidak terlibat sama ?.. Tiada kah usaha untuk menarik mereka ? Atau mereka telah ditakut takutkan dengan pelbagai kenyataan yang berbaur ugutan dan ancaman

BOTTOMLINE .... Perkiraan kejayaan penganjuran hanya diambil kira di Padang Merbok. Sekiranya peserta tersasar ketempat lain untuk bershopping , makan atau bertempur dengan FRU, itu amat dikesali dan terpaksa diterima oleh penganjur bahawa mereka tidak termasuk dalam jumlah yang hadir di HIMPUNAN RAKYAT BERSATU.. Permit himpunan hanya untuk lokasi di Padang Merbok, bukan di Jalan Conlay, bukan di PWTC, bukan di Masjid Negara bukan di Masjid Wilayah dan bukan nya di Petaling Street.

Saya ulangi kenyataan saya yang terdahulu, mengapa tidak diusahakan hantar jumlah yang diperlukan untuk memenuhi Padang Merbok terus dengan bas dan selebihnya boleh lah berarak sekeling Kuala Lumpur kalau teringin sangat nak tiru apa yang BERSIH 4.0 sudah lakukan. 

BOTTOMLINE .... Adakah penganjuran HIMPUNAN RAKYAT BERSATU ini meletakkan Melayu dan kerajaan yang disokong on a higher moral ground ?. Mereka kata BERSIH 4.0 salah, haram dan sebagai nya... Tetapi dengan perarakan provokasi melintasi kawasan perniagaan Bukit Bintang dan Petaling Street menunjukkan mereka tidak lebih daripada meniru apa yang BERSIH 4.0 buat.. Rupa-rupanya mereka ini mencemburi dan teringin sangat nak berarak seperti BERSIH 4.0. Apa kata sekiranya BERSIH 4.0 didaftarkan dan memohon untuk menganjur perhimpunan yang sama dan berarak ala-ala baju merah ? Dimana pihak berkuasa nak letak muka ?  

Saya bukan bantah usaha menyatu dan membangkitkan semangat Melayu, tetapi usaha tersebut jangan lah seperti 'Mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih' . Lain kali buat saja di Stadium Bukit Jalil. Bayang kan kalau seratus ribu peserta baju merah memenuhi stadium tersebut.

Penganjur sepatut nya bantu Melayu dan kerajaan membuktikan mereka lebih BAIK dan bukannya lebih HEBAT dari BERSIH 4.0.. Peluang sudah terlepas, banyak wang sudah dibelanjakan... hanya PM Najib Razak sahaja yang berjaya digembirakan. Tetapi kalau itu lah matlamat nya saya tutup entry in dengan ucapan TAHNIAH sekali lagi. 

Ini kenyataan rasmi IPKL, bukan kenyataan saya
IPKL teah menghantar pembetulan selepas kenyataan diatas. Polis KL menganggarkan seramai 50,000 orang peserta menyertai perhimpunan secara keseluruhan nya. Jumlah awal yang diberi adalah untuk jumlah yang hadir di Padang Merbok sahaja

1
 2
Bung Mokhtar dan rakan rakan
 3
 4
 5
6
 7
 8
 9
 10