Saturday 26 March 2016

Polis kini berhadapan dengan cabaran yang pelbagai perlu tingkat langkah pencegahan

Acara : Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209

Lokasi : Padang Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, KL

Tarikh : 25/3/2016



Polis Berdepan Cabaran Tangani Keganasan Masa Kini Berbanding Dahulu - Najib


KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan anggota keselamatan negara hari ini menghadapi cabaran untuk menangani keganasan dan marabahaya, yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan dahulu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata musuh negara kini lebih pintar, licik dan tidak dapat dijangka.
"Anggota-anggota keselamatan perlu sentiasa berada selangkah di hadapan mereka dalam keadaan bersiap siaga, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan.

"Pembendungan, pencegahan adalah lebih penting dan berkesan. Seperti kata pepatah, kita tidak mahu 'sudah terhantuk baru tengadah'. Kita ingin supaya rakyat Malaysia semuanya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara sepanjang masa," katanya menerusi catatan terbaharu dalam blog beliau NajibRazak.com hari ini sempena Hari Polis Ke-209.

Beliau berkata berita yang dilihat dan dibaca dalam surat khabar melaporkan tentang kumpulan dan sel pengganas yang ditumpaskan dan diberkas oleh Cawangan Khas, Unit Tindakan Khas dan anggota PDRM sebelum sempat mereka bertindak, yang boleh mengakibatkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.

"Ini semua adalah hasil siasatan dan risikan terperinci yang telah dilakukan.

"Dalam iklim ketidaktentuan dunia hari ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga yang perlu seperti menempatkan anggota PDRM di kawasan-kawasan tumpuan rakyat dan pelancong," kata perdana menteri.

Najib berkata rata-rata rakyat Malaysia dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa kerana di belakang tabir, terdapat anggota keselamatan dan risikan negara yang sentiasa berusaha menangani sebarang ancaman dengan cepat dan berkesan.

"Mereka (anggota PDRM) tidak melakukan semua ini untuk mendapat pujian. Mereka menyabung nyawa hari demi hari hanyalah kerana mereka sayangkan negara dan ingin ia selamat sentiasa.

"Tiba masanya untuk kita rakyat Malaysia menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan demi tanah air tercinta," kata beliau.

Perdana Menteri berkata setiap tahun, Malaysia meraikan sambutan memperingati hari polis, dan tahun ini adalah sambutan edisi yang ke-209.

"Alhamdulillah, jika dibandingkan dengan negara-negara lain, Malaysia sememangnya bertuah kerana dikurniakan Allah SWT keadaan persekitaran yang stabil, aman dan damai.

"Sebahagian besar daripadanya adalah hasil usaha yang tidak mengenal erti penat dan lelah anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia dalam menjaga dan memastikan keamanan yang kita nikmati ini terpelihara," kata Najib sambil mengucapkan selamat Hari Polis kepada semua warga PDRM yang menyambutnya esok.

Perdana Menteri turut mendoakan agar semua anggota PDRM dan anggota keluarga mereka sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.

-- BERNAMA


1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
12 
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
Mangsa heat stroke
 24
 25
 26
Najib lancar blue-print 2.0 amalan hijau dan aplikasi teknoloji hijau PDRM
 27
Najib lancar blue-print 2.0 amalan hijau dan aplikasi teknoloji hijau PD
 28
Najib lancar blue-print 2.0 amalan hijau dan aplikasi teknoloji hijau PD


No comments:

Post a Comment