Friday 11 November 2016

Penduduk KL bakal mendapat bekalan air hujan sebagai sumber alternatif

Acara : Majlis Pecah Tanah Projek "WATER STORAGE CONTROLLING SYSTEM"

Lokasi : Restoran Terapung D'saji KL Titiwangsa

Tarikh : 8/11/2016



Video 1 - Water Wastage Controlling System bertujuan untuk mengumpul dan menggunakan air hujan sebagai sumber air utama dan menghalang air hujan dari terus terbazir mengalir kelaut atau meresap ke bumi begitu sahaja. Ringkasnya cadangan ASI -

  • membina 1,200 telaga tiub berukuran 4.5m X 60m di 30 lokasi pilihan sekitar Kuala Lumpur
  • projek rintis bermula di sekitar kawasan Tasik Titiwangsa 
  • telaga telaga tersbut akan tersembunyi dari pandangan dan berada keseluruhan nya dibawah tanah 
  • bahagian atas tanah boleh diguna pakai untuk tujuan kediaman dan kommersial atau sahaja pembangunan yang bersesuaian
  • penapisan air akan menggunakan system membrane yang tidak menggunakan chlorine atau bahan kimia lain seperti yang digunakan dalam sistem sedia ada
  • bila siap nanti keseluruhan 1,200 telaga tiub ini akan dapat menyimpan dan membekalkan 85 billion liter air pada satu satu masa bagi kegunaan penduduk Kuala Lumpur




Video 2 - KeTTHA (Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air) akan membentangkan kertas cadangan Rang Undang Undang baru bagi pihak Kementerian WP (KWP) pada bulan Mac 2017 bagi membolehkan KWP mempunyai kuasa mereka tersendiri untuk urusan air. Kuasa tersebut adalah untuk mengawal selia sumber air dan segala bentuk penguatkuasaan sama seperti yang ada pada Lembaga Air negeri negeri lain dalam Malaysia.Bekalan air KL selama ini bergantung kepada sumber dari Selangor sahaja. Dengan ada nya Lembaga Air mereka sendiri, KWP dan wilayah wilayah dibawah nya akan dapat mencari sumber alternatif seperti yang di cadang dan di uasahakan oleh ASI.



*********************************************************************************

1
Ucapan aluan oleh Datuk Wan Abd Halim bin Wan Abd Majid, Pengarah Urusan ASI Air Simpanan Sdn Bhd
 2
 3
Gimik pecah tanah projek Water Wastage Controliing System
 4
Gimik pecah tanah projek Water Wastage Controliing System
 5
Gimik pecah tanah projek Water Wastage Controliing System
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13


No comments:

Post a Comment